Belajar... Belajarrr... grrr...

Bismilahirrahmannirrahim...
Alhamdulillah, sepupu sy telah selamat mendaftar di UiTM S.Alam hari ini...
Tahniah diucapkan kepada beliau... 

Saya ingin bertanya.....
APA NIAT KITA PERGI MENUNTUT ILMU NIE EK???



Hmm... Bersama kita muhasabah diri..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Wahhh... xpayah nk pegang senapang, pedang... dh dpt berjihad... hebat kn... daripada hadis ini dapat diambil beberapa point penting :

              Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
              Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu. 
              Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

Rasulullah juga amat mengalakkan menuntut ilmu 
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Hadis ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu agama.
MARI RENUNGKAN BERSAMA... (~_n)

No comments:

Post a Comment