sy
ingin kongsikan sedikit pengertian berberapa term atau perkataan...
AKIDAH
Dari
sudut bahasa ialah kepercayaan (simpulan, ikatan atau pegangan) yg kukuh dalam
hati
manakala
dari sudut istilah pula ialah kepercayaan dan kenyakinan yg mantap tentang
kewujudan Allah S.W.T dan seterusnya sifar kesempurnaan-Nya berdasarkan
dalil naqli dan aqli.
Keyakinan
terhadap akidah yang sempurna lahir daripada kepercayaan dan keyakinan yang
teguh disertai dengan ucapan dua kalimah syahadah. Ianya bukan hanya dituturkan
dengan kata-kata melalui pengakuan syahadah sahaja tetapi hendaklah dibuktikan
dengan melaksanakan segala perintah Allah Taala dan meninggalkan laranganNya.
ISLAM
Dari
sudut bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Allah Taala
manakala dari segi istilah pula
ialah agama yang dibina di atas lima asas (Rukun Islam) iaitu:
01. (penyaksian)
bahawa tiada tuhan melainkan Allah S.W.T dan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W.
itu utusan Allah S.W.T (Rasulullah S.A.W.).
02. Mendirikan
solat fardhu lima kali sehari di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang
sempurna.
03. Mengeluarkan
zakat setelah cukup kadar dan waktunya.
04. Berpuasa di
bulan Ramadhan.
05. Menunaikan
haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara:
Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah,
mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa
bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
IMAN
Dari sudut bahasa ialah
membenarkan
manakala dari segi istilah pula
ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi (Rukun Iman)
kepada:
01. Allah Taala
yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagiNya.
02. Malaikat yang
merupakan hamba-hambaNya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah
Taala.
03. Kitab yang
diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia.
04. Rasul yang
telah dipilih dan diutuskan olehNya kepada manusia untuk memberi petunjuk.
05. Hari Kiamat
yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia.
06. Qada dan
Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dariNya.
Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap
dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman!
Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran
yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada
kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang
kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan
rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisaa: Ayat 136).
Membenar dengan Hati
Berikrar dengan Lisan
Beramal dengan ajaran yg dibawa
nabi.
(ketenangan, rasa penuh percaya,
tiada keresahan dan kegelisahan jiwa, kesihatan akal serta aman damai daripada
takut dan bimbang.)
IHSAN
Dari sudut bahasa ialah melakukan
sesuatu kebaikan
manakala dari sudut istilah
pula kesungguhan, ketekunan atau keikhlasan dalam melakukan sesuatu ibadah atau
perkerjaan semata-mata kerana Allah S.W.T
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t
seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah
s.w.t melihat engkau. Hitunglah dirimu termasuk orang yang hampir meninggal
dunia dan jagalah dirimu daripada orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya
doanya itu diperkenankan Allah s.w.t.” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin
Arqam).