ANTARA USIA DAN MASA


Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah.. Tuhan sekalian alam...


bersyukur kita ke hadratnya kerana masih di beri kesempatan untuk terus hidup di dunia yang begitu banyak rintangan dan halangan.. adakala gembira, sedih, kecewa, suka dan sebagainya..

saat demi saat berlalu... usia semakin meningkat menghampiri ke arah kematian...

sebut pasal kematian... saya teringat akan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud

``Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menimbulkan kezuhudan terhadap dunia.'' (Riwayat Abi al-Dunya). 

Rasulullah s.a.w. juga ada menyatakan bahawa mereka yang banyak mengingati mati ini sebagai manusia yang cerdik. 

Satu kisah yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a....
"Telah datang seorang lelaki Ansar bertemu Rasulullah yang sedang berkumpul dengan para sahabat baginda, lalu lelaki itu bertanya, 
"Siapakah yang paling cerdik dan mulia wahai Rasulullah?'' 
Lantas baginda bersabda,
"Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati serta yang gigih membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan.'' 
(Riwayat Ibnu Majah dan Abi al-Dunya). 


Marilah kita bermuhasabah diri... Allahuakbar...

No comments:

Post a Comment