Online Business


Alhamdulillah.. 
Saya masih diberikan kesempatan untuk menaip entry baru dalam blog ni..
Di sini saya ingin memberitahu kepada anda semua tentang aktiviti terbaru saya..
Siapa yang kenal saya mesti terkejut dengan tajuk entry ni.. Hehe..



Saya menceburkan diri dalam industri perniagaan secara online..
Hebat tak.. Hehe..
Xhebat mana pun sebenarnya.. 
Kita ni cuma perlu berusaha sebaik mungkin untuk dapatkan result yang baik..
Perlu diingat rezeki kita datangnya dari Allah..
Xkira kerja apa pun mestilah selalu berdoa supaya Allah beri kita rezeki.. 

Firman Allah dalam surah Saba' ayat 24 yang bermaksud
"Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata."

Pada zaman yang serba maju ni..
Ramai dah yang tahu pasal kegunaan internet..
Semua yang nak tahu tekan-tekan je 
komputer, tablet, pc, smartphone..
Semua maklumat terpapar.. Hehe..

Saya ni baru je nak melangkah.. 
Atau lebih tepat lagi baru nak belajar..
Business saya jalankan bukan seorang diri.. 
Tapi dengan seorang yang cukup berilmu tentang dunia online ni...
Sekarang ni kami memerlukan support dari anda semua..
(^_^)

Buat masa ini barangan yang kami ada ialah seperti

Tudung Bawal | Shawl Halfmoon | Telekung Poket Painted | Telekung Poket 2D | 
Telekung Poket 3D | Tshirt Muslimah | Tshirt Roundneck (unisex) | Jam Tangan

Medium yg kami gunakan ialah Facebook Fan Page...
Boleh tengok dekat klik pada link di bawah.. 



Jemput laa like page ni...
Jangan lupa dapatkan koleksi yang ada kat page ni...

Sekian buat masa ini..
Doakan kejayaan bersama..
Wassalam...

Apa itu Munafik??



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ..


Hari ini entry berkisar mengenai satu hadis yang biasa kita dengar...
Iaitu..

Berkaitan tentang munafik..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu
apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri 
dan 
apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. 


Daripada hadis di atas ciri2 orang munafik itu ada tiga :

~Apabila BERCAKAP dia BERBOHONG~ 
Salah satu daripada punca yang boleh menjadikan perpecahan silaturrahim. Sikap yang suka berbohong sedangkan dia tahu akan kebenaran sesuatu perkara boleh menyebabkan kita berpecah-belah. 

~Apabila BERJANJI dia MUNGKIRI~
Jika berjanji, tetapi tidk pasti, ucapkanlah perkataan insya-Allah. Mudah-mudahan laknat Allah tidak menimpa kita semua. 




~Apabila DIBERI AMANAH dia MENGKHIANATINYA~
Amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk kita, bukan satu beban. Tapi, amanah tu adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua akan dipersoalkan di akhirat kelak. Walaupun kita bukan sesiapa di dunia ni. 

INGATLAH! kita TETAP ada tanggungjawab, iaitu sebagai hamba Allah. Sejak dilahirkan ke bumi Allah ni, kita dah ada 3 tanggungjawab, iaitu.. 
HAMBA ALLAH ( ibadullah )
KHALIFAH ALLAH ( khalifatullah )
MENYERU KE JALAN ALLAH ( da'i ilallah ).. 




wallahua'lam...