Dalam Dilema...

Macam xpercaya kan kan kan????
Tetiba berada dalam dilema...
Tapi xpe... hidup mesti kena cool...

Actually, the problem is.... WHICH PART I MUST FOLLOW...


How...
"Setiap Masalah Mesti Ada Penyelesaian"

Mesti ramai yang pernah dengar atau terbaca ayat tersebut kan..
ok... Sebagai Ummat Islam... 
Salah satu cara ialah dengan melakukan solat sunat Istikharah..


Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
 
أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun  pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas.
Doa Solat Istikharah

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ ،وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ،وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلا أَقْدِرُ،وَتَعْلَمُ وَلا أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ............ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ ، اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ ................... شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ : عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِي بِهِ ،

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........ baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Semoga memberi manafaat...
Sekian..


Takdir-Nya


Alhamdulillah..
Semuanya dalam aturan Allah..
Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..


Jangan bersedih hati, sekiranya apa yang dirancang hari ini tidak menjadi...
Apa yang kita hendak hari ini tidak di penuhi...
Pasti ada hikmah yang tersembunyi...

Perancangan yang dibuat oleh manusia itu adalah salah satu bentuk usaha 
manakala perancangan Allah itu adalah takdir yang perlu diterima oleh manusia..

 Bila disentuh tentang TAKDIR, perlu diketahui
terdapat 2 jenis takdir iaitu yang boleh berubah dengan usaha kita dan yang tidak boleh diubah..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d : 11

dan di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman  
“Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

kedua-dua ayat di atas menjadi bukti bahawa ada takdir yang boleh diubah dengan usaha dan doa dan tidak boleh diubah seperti kematian...

Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya...
Percayalah pada aturan Illahi...
Semoga kita semua berada dalam rahmat kasih-Nya...


Nilai Syurga...




Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:
Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:
Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.
Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia), kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.
Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.
Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.
Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.
Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia. Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.
Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.
Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut?
Jawabnya. Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.
Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di dunia. Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.
Apabila Saidina Muawiyah mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:
Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman dalam surah Hud ayat 15-16.
Mafhumnya: Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna, tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)

Antara Sabar dan Mengeluh


Godek punya godek...
Akhirnyaaa.......
Semoga memberi manafaat..





Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang
sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah:
"Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh)"

Pasangan Bahagia...




“Sampaikanlah dari ku walaupun hanya satu ayat."
“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”


Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu." 

Knape kita di jadikan berpasang-pasangan???
Salah satu sbb untuk saling lengkap melengkapi...
Tiada yang sempurna di dunia ini...
Saling belajar dan mengajar...
Saling bertukar-tukar pandangan...
Saling ingat-mengingati...

Bagi umat islam...
Kefahaman SUAMI-ISTERI tentang agama sangat penting bagi menjamin keharmonian rumah tangga...
Bila suami alpa, isteri akan mengingatkan..
Begitu juga sebaliknya...

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu."

Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Akhir2 ini, di MALAYSIA..
Anak2 lari dari rumah....
Salah siapa?
Adakah salah ibu? Ayah?
Mungkin ini salah satu faktor...

Kurang didikan agama, kasih sayang dan perhatian juga menjadi faktor penyumbang
selain dari faktor persekitaran...

"SAYANG ISTERI DITINGGAL-TINGGALKAN, SAYANG ANAK DITANGAN-TANGANKAN..."

Apa maksudnya...
Bila sayang isteri ditinggal-tinggalkan... Suami outstation..
Akan wujud rasa rindu pada keduanya...
Dan rasa SAYANG akan makin bercambah...

Sayang anak ditangan-tangankan..
Bila anak dh ckup usia 7 tahun diajari solat...
Sekiranya anak sudah 10 tahun masih tidak solat hendaklah dirotan..
Ini untuk memastikan si anak paham tentang kepentingan solat...

Solat umpama tiang sebuah bangunan...
Sekiranya tiang tidak ckup, tiada... maka bangunan juga tidak akan kukuh...
Bila digoda hatinya... Cepatlah terpesong...


Sebelum itu, IBU-BAPA kenalah mejadi contoh terbaik bagi anak mereka...
Anak-anak akan mengaplikasikan apa yang dilihat oleh mereka...
Sekiranya baik ibubapanya, insya Allah baiklah anaknya..

KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI...

Kebiasaannya... Bila anak buat salah... Ibu akan menegurnya dahulu...
Sekiranya tidak berjaya... Barulah peranan diambil alih oleh bapa...

Bagi mewujudkan rumahtangga yang bahagia...
Tidak boleh Api dengan Api... Anak2 akan semakin tertekan...
Bila ada api mestilah ada air penyejuknya...
Bila bapa garang... Ibu penenangnya...
Barulah anak akan rasa selamat...

Semoga boleh menjadi petunjuk untuk kita...