Dakwah Melalui T-Shirt

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, 
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran.."
 [Surah Al-'Asr ayat 1-3]


Entry kali ini mengenai Dakwah melalui T-shirt... 

"amar makruf dan nahi mungkar.."

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, 
jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, 
jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, 
dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." 
(Hadis Riwayat Muslim)



Sekarang ni Team Ezy Artz Studioz sedang mengadakan promosi Jualan Penghabisan Stok. 



Jika kita tak mampu nak berdakwah dengan suara, berdakwahlah dengan kata-kata di baju ini. 
Sekarang jom tengok design dan saiz yang available.. 



 Untuk t-shirt "Freedom for Gaza " ini RM5 dari setiap pembelian anda akan disumbangkan ke Gaza melalui Tabung Aman Palestine



































INFO MENGENAI T-SHIRT:


  • untuk stock yang available, tshirt adalah "round-neck" dan "lengan pendek"
  • material 100% cotton
  • ketebalan 180gsm
  • design menggunakan teknik "silkscreen" kecuali Freedom for Gaza yang menggunakan teknik"heatpress"
Ini pula measurement untuk setiap saiz.


Kalau2 anda berkenan dengan design baju2 ni
klik di sini 
untuk membuat tempahan
(^_^)

CINTA (Bahagian 2)


Firman Allah Taala bermaksud: Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. (Surah an-Najm: Ayat45).

Perasaan untuk berpasangan dan bercinta adalah fitrah yang telah dicampakkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Ini bermakna fitrah untuk dicinta dan mencintai adalah sesuatu yang suci lagi bersih.

Jasad memerlukan makanan untuk memberikan kekuatan. Kekuatan inilah yang akan menggerakkan tubuh badan untuk menunaikan segala tugas dan tanggungjawab. Begitu jugalah diibaratkan keperluan cinta ke atas diri setiap manusia. 

Masing-masing memerlukan di antara satu sama lain. Memandangkan cinta adalah suci lagi murni, janganlah kita kotorkan ia dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian cinta itu. Perbuatan ini akan membuatkan Allah Taala murka kepada kita. Segala batasan syarak mestilah dipatuhi agar fitrah yang suci itu tidak bertukar menjadi fitnah!


Pertunangan di sisi syarak terbahagi kepada lima cara. Pertunangan boleh 

dikira jika berlaku salah satu dari cara berikut:-


Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.

Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.




Perigi mencari timba atau perempuan mencari lelaki sebagai calon 
suamainya bukanlah sesuatu yang asing di dalam Islam. Di antara 
contoh yang boleh dijadikan rujukan perempuan Islam pada hari ini adalah 
kisah Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan 
bahawa harus di sisi agama bahkan digalakkan jika seseorang perempuan 
itu meminang seorang lelaki yang soleh.




Walaubagaimanapun, adat kita di Malaysia memandang perkara ini sebagai 
sesuatu yang janggal dan memalukan. Seseorang perempuan itu akan dikatakan 
gatal jika mereka yang memulakan dahulu perhubungan dengan seseorang lelaki. 
Sedangkan mendapatkan seorang lelaki / suami yang soleh adalah di antara p
erkara utama yang dituntut oleh agama.



Persepsi ini perlu diubah secara perlahan-lahan dan beransur-ansur. Selain itu juga, 
perlulah diingatkan kepada mana-mana perempuan yang ingin memulakan dahulu peminangan ini agar sentiasa menjaga adab-adab dan sopan-santun yang telah di ajar 
oleh Islam. Jagalah percakapan dan perbuatan agar pihak lelaki tidak salah faham 
tujuan kita memulakan dahulu perhubungan itu.


Cinta (bahagian 1)


Alhamdulillah.. 
Saya terjumpa satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsi..
semoga bermanafaat..

Apa yang kita fahami tentang erti cinta.. Jika kita tanyakan persoalan ini kepada para remaja yang sedang hangat bercinta, pelbagai jawapan yang akan diperolehi. Di antara jawapan itu mungkin ada yang berkata: 
Cinta adalah kasih sayang, cinta adalah buta, cinta adalah rindu-rinduan, cinta adalah tempat meluahkan perasaan dan pelbagai jawapan lagi. Ini hanyalah jawapan pada tanggapan mereka sahaja bahawa cinta bermaksud sedemikian. 

Betulkah maksud cinta seperti yang para remaja itu fahami?

Menurut En. Pahrol Mohd Juoi (dari sebuah program Coffee Talk: Magnet Cinta), cinta mempunyai beberapa erti yang praktikal di antaranya cinta itu bererti tanggungjawab, perbutan / tindakan, memberi dan lain-lain lagi

Jika kita menyatakan perasaan dan ungkapan cinta kepada seseorang, ini bermakna kita akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas orang yang kita tujukan ungkapan tersebut. Kita akan bertanggungjawab terhadap segala masalahnya yang dihadapinya termasuklah kewangan, pendidikan, kesihatan dan sebaginya lagi. 

Sebagai merialisasikan cinta itu, kita juga perlu bertindak melakukan sesuatu untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya tanpa kenal penat dan jemu. Kita sanggup memberikan segala tenaga, masa dan wang ringgit untuk orang yang kita cintai itu dengan bersungguh-sungguh.

Disebabkan itulah para suami / bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu dan menyelesaikan masalah isteri dan anak-anaknya kerana suami / bapa itu mencintai dan menyayangi mereka sepenuh hatinya. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membahagiakan orang yang dia cintai dan sayangi. Begitulah hebatnya cinta yang ditunjukkan oleh suami / bapa sebagai memenuhi amanah daripada Allah Taala kepadanya.

En. Pahrol Mohd Joui telah menggariskan beberapa 

peraturan dan batasan-batasan untuk bercinta

Di antaranya ialah:

Hendaklah cinta kita itu didasari kepada cintakan Allah Taala.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala. Allah Taala yang memberikan fitrah itu kepada kita, maka gunakanlah fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

Pastikan semasa menjalinkan hubungan cinta itu tiada hukum Allah Taala yang dilanggar.
Di antaranya ialah tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak mendedahkan aurat, tidak mengabaikan asas-asas agama seperti solat dan lain-lain lagi.

Jangan mencintai seseorang lebih dari mencintai Allah Taala.
Maksudnya, janganlah kita mencintai seseorang itu lebih hebat daripada kita mencintai Allah Taala. Cintailah seseorang itu seadanya sahaja dan cintailah Pencipta cinta itu lebih dari segalanya.