Akhlak yang Terbaik...



Di antara Akhlak Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang perlu kita contohi :

1. Baginda sentiasa MEMBERI SALAM kepada sesiapa yang ditemui.
2. Baginda SANGAT MENGHORMATI orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak.
3. Baginda bercakap dengan lemah lembut (sopan) dan sentiasa MENUMPUKAN PERHATIAN kepada orang yang bercakap dengannya.
4. Baginda TIDAK PERNAH MENGHINA orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan mereka.
5. Baginda sentiasa MEMBANTU orang lain, walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
6. Baginda sangat BERLEMAH-LEMBUT dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya.
7. Baginda tersangat SABAR DAN TABAH apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.

Mari kita perbaiki diri dan mengikut segala kebaikan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam..

Sama-sama kita muhasabah.. :)

Berdandan Untuk Suami SATU Kewajipan






Kebahagiaan rumahtangga ada pasang surutnya. Isteri tidak semestinya karam dalam emosi yang tercipta oleh keadaan semasa. Isteri perlu mempertingkatkan kemahiran dan kecerdasannya untuk menjadi yang terhebat di mata suami dan anak-anak. Seorang suami tidaklah menuntut berlebih-lebih, tetapi hadis Rasulullah S.A.W berikut ini boleh dijadikan panduan; Apakah sebenarnya yang suami cari di dalam diri sang isteri?



1. Akhlak Muslimah Sejati

Wanita memiliki empat kelebihan yang membuat lelaki tertarik kepadanya; harta, keturunan, kecantikan dan akhlak. Jika anda memiliki keempat-empatnya, sungguh beruntung lelaki yang menjadi suami anda. Seolah-olah bidadari syurga turun ke dunia. Tetapi tidak semua isteri memiliki semua itu, ada yang berharta tapi tak cantik. Ada pula yang cantik, tapi tak berbudi. Bolehkah anda mewujudkan keempat-empatnya dalam keperibadian anda?



Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Biasanya wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana nasabnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya, semoga kamu beruntung.” (HAdis riwayat al_bukhari dan Muslim).



2. Pandai Membangkitkan Ghairah Suami

Isteri yang cantik biasanya amat berdisiplin menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Penciumannya mesti lebih sensitif daripada hidung sang suami. Jangan biarkan diri anda kotor dan berbau tak sedap kerana akan menyebabkan datangnya stres. Biasanya ghairah seks berkait rapat dengan keceriaan anda. Aktifkan tubuh badan dengan ‘jogging’ atau senaman. Kulit yang kerap berpeluh akan lebih cantik dan tampak muda. Suami yang letih bekerja tentu suka diurut dan dibelai dengan tangan isteri yang halus. Kedua-duanya mesti berusaha membangkitkan ghairah untuk bercinta dengan gembira.



Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Sebaik-baik isteri kamu ialah yang paling kuat menjaga kehormatannya dan pandai membangkitkan syahwat suaminya.” (Hadis riwayat al-Dailami).





3. Redha dan Ceria Walau apa Jua Keadaan Suami

Kesan pertama yang membuat suami jatuh cinta kepada anda suatu ketika dahulu ialah apabila dia terpandang wajah anda yang cantik berseri-seri. Cuba perhatikan masih adakah iras-iras kecantikan alami yang memikat hatinya? Berhias itu wajib bagi anda ketika di rumah, saat menemani makan, melayari intenet berdua, menonton televisyen dan saat-saat santai bersamanya. Apabila suami bangun tidur, alangkah bahagianya jika ia melihat bidadari syurga itu telah mendakapnya sengan haruman yang paling sedap, sarapan yang paling nikmat dan wajah yang ceria.



Tapi saying apabila suami terjaga, dia melihat isterinya masih menganga di atas katil dengan bau mulut yang tidak sedap, bangun dengan wajah yang masam dan penuh kebencian kerana kesal dengan karenah anak-anak hendak ke sekolah. Pagi-pagi dah kacau bilau. Macam mana nak menjalani hidup dengan bahagia?



Ramai suami yang tidak berterus terang jika melihat kekurangan isteri. Keadaan sebegini amat bahaya kerana suami akan serta merta menyalahkan isteri apabila dia bermaksud mencari yang baru. Tak sedap masaklah, tak cantiklah, tak menghairahkanlah, tak memahami dan banyak lagi kekurangan isteri yang selama ini suami diamkan. Begitulah sifat lelaki kalau dah ada yang mahunya, semuanya dijadikan alasan untuk menghalalkan perbuatannya.

C&P
:-)