Aku hanya manusia yang lemah...




Aku faham..
Tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah..
Aku xtahu apa yang menungguku pada masa hadapan...
Aku cuma boleh berusaha sehabis daya..

Aku pasti apa sahaja yang kita lakukan pasti ada cabaran...
Terserah pada kita bagaimana menghadapinya..
Semua ada kelebihan dan kekurangan...

Aku rasa cukup lemah...
Perlukah diteruskan??
Dalam hati terasa ingin menyerah...
Tp.. 
Entahlahhhh... 
Bnyk yg bermain dalam fikiran...

Ya Allah...
Berilah kekuatan kepada hamba-Mu ini...
Permudahkan urusan hamba-Mu ini Ya Allah...

Aminnn...

Apa Beza..??


Assalammualaikum.. Diharapkan semua dalam lindungan Illahi..

Apa beza... 
Pernah kita melihat situasi di dalam kedai seperti ini :

Seorang ayah yang membawa anak yang hyper-active masuk ke kedai melayu..
Anak itu berlari ke sana ke sini.. Main itu main ini... Sentuh itu sentuh ini..
Tuan kedai pun risau laaa.. Dia akan ckp adk jangan main2 nnt pecah/jatuh...
Anak tu pun takut...

Kat kedai orang yg bukan melayu... Tuan kedai akan panggil anak itu dan memberi gula2..
Sedang anak itu leka membelek-belek gula mahu membukanya.. Ayah anak itu pun selesai membeli barang..

Bila anak ini besar dan ayahnya suruh pergi ke kedai... Agak2 di mana anak ini akan pergi??
Kedai melayu yang pernah memarahinya atau bukan melayu yang memberinya gula2...



Apa beza...
Tuan tanah melayu yang mempunyai sebidang tanah yang terbiar... Cukai dibayar tapi tanah semak samun...
Bila datang orang mahu menyewa tanah tersebut.. Terus sahaja menerima tawaran lalu menyewakan tanah tersebut... Sekurang-kurangnya bulan2 dapat duit... Kita andaikan sebulan Tuan tanah melayu akan sewakan RM 2,000 kepada penyewa... Penyewa itu lalu memberi duit cash sebanyak RM 40,000 untuk menyewa 20 tahun.. Contract di tandatangani...



Penyewa pergi membawa contract ke bank dan membuat pinjaman RM 1,000,000... Lalu di tanah yang disewakan itu, penyewa memdirikan gudang. dan menyewakan gudang tersebut... Kita andaikan penyewa menyewakan gudang itu RM 8,000 sebulan... Dalam hanya 5 bulan penyewa boleh mendapat kembali modalnya semula... 

Selepas 20 tahun contract tamat.. Penyewa berjumpa tuan tanah melayu.. Tuan tanah melayu tak mahu lanjutkan contract.. Tp, penyewa ada harta di atas tanah milik tuan tanah melayu dan mahu di bayar ganti rugi.. Kos semua RM 1,000,000.. Bagi discount 50% kepada tuan tanah.. So, Tuan tanah melayu kena bayar RM 500,000... Mampu ke tidak tuan rumah nak bayar?? Nak tak nak kne lanjutkan tempoh contract... 20 tahun lagi...

Lepas beberapa ketika tuan tanah melayu meninggal dunia.. Anak serta cucu tidak tahu tanah itu milik ayah mereka.. Cukai tanah xbayar.. Bila kerajaan mahu ambil tanah itu... Penyewa akan deal baik2 dengan orang kerajaan... Tukar hak milik tanah... So, kesimpulannya... Anak serta cucu tuan tanah melayu akan melopong sahaja... Silap2 boleh jadi pekerja di gudang tersebut atas tanah yang sepatutnya mereka warisi...

Cuba bayangkan klu tuan tanah melayu tersebut mengusahakan tanah miliknya itu...
Apa beza?? Besar ke kecil??



Kesimpualan : Jangan hanya tahu nak senang... Bersusah-susah dahulu.. Kesenangan akan datang kemudian... Sekian...

Rezeki Allah


Assalammualaikum...

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran..
Tapi..
Allah SWT tidak membebankan sesuatu kepada kita melainkan sesuai dengan keupayaan yang kita miliki..

Firman Allah SWT dari Surah : Al-Baqarah (Ayat 286) :
"Allah (sekali-kali) tidak membebankan (sesuatu) kepada seseorang melainkan sesuai dengan keupayaan (yang dimiliki)nya, maka bagi seseorang itu pahala (kejayaan) atas apa yang telah diusahakannya dan sebaliknya ke atas merekalah dosa (kegagalan) dari apa yang mereka usahakan (secara cuai)". 

Dalam soal pemberian rezeki..
Yakinlah bahawa setiap manusia telah ditentukan rezekinya..

Dalam satu riwayat hadith Bukhari , Rasullullah bersabda: ” …..kemudian malaikat mendatanginya (janin), mencatitkan usianya, perbuatannya, jumlah rezekinya dan mencatatkan pula sama-ada dia akan bahagia atau pun akan celaka ( dihari kiamat nanti) . ( Hadith riwayat Imam Bukhari ).

” Dan tidak ada satu makhluk Allah pun dimukabumi ini, melainkan Allah yang memberi rezekinya…………..” (Al Quran Surah Hud ayat 6).



sekian~