Rasulullah SAW telah
bersabda bahawa,: Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah
berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. :
"Wahai Rasulullah, barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap
hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa
dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail
A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum
dari telagamu."
Berkata pula Israfil
A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T
dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang
itu."
Malaikat Izrail A.S
pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para
nabi-nabi."
Apakah kita tidak
cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing
untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Justeru,
permudahkanlah diri untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Moga-moga kelak
kita akan tergolong di dalam umat yang dapat bernaung di bawah syafaat baginda.
Berselawatlah.. Sekian..