SIFAT CEMBURU




Alhamdulillah.. 
Bersyukur saya ke hadrat Illahi..
Dengan limpah dan kurnia-Nya
Dapat saya sekali lg berkongsi satu entry yang amat menarik..
Entry ni saya ambil dari penulisan seseorang..

Seperti tajuk entry ni..
Cemburu
Siapa cakap cemburu itu tidak baik?

Mari sama2 kita muhasabah semula...
(^_^)


Dari Abu Hurairah ra dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, 

" Bahawasanya Allah sangat cemburu dan orang mukmin itu cemburu. 
Dan yang dicemburui Allah, ialah bahawa orang mukmin mendatangkan 
(memperbuat) apa yang diharamkan oleh Allah" (HR Tirmudzi)

Cemburu ertinya kecurigaan hati atas kejujuran seseorang. 
Di antara kedua suami isteri, sifat cemburu ini dituntut seklai dan sangat dipuji, 
sebab cemburu itu adalah salah satu sifat Allah. Apabila antara suami isteri tidak 
ada sifat cemburu mencemburui, tandanya pertalian mereka tidak diikat oleh cinta 
yang kuat dan mudah terjadi sesuatu yang melanggar aturan dalam soal berumahtangga.




Cemburu ini adalah pagar untuk suami isteri. Suami akan terpagar dari kejahatan 
dengan adanya kecemburuan isterinya, begitu pula sebaliknya.

Allah sangat cemburu terhadap hambanya yang suka menderhakaiNya. Suami isteri 
cemburu bila salah seorang akan berkhianat kepada yang lain. 
Maka dapatlah difahamkan , bahawa cemburu itu sangat 
sekali dipuji dan dituntut.


Penjualan T-Shirt 'FREEDOM for GAZA'


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Penjualan T-Shirt "FREEDOM for GAZA"




Designed by : Ezy Artz Studioz


Maklumat T-shirt: 

Material: 100% Cotton (Kain lembut & sesuai untuk semua aktiviti)
Harga: RM30 sehelai, (RM5 akan didermakan ke tabung Gaza melalui Tabung Aman Palestine)
** Lengan panjang RM35 (RM5 juga akan didermakan ke tabung Gaza melalui Tabung Aman Palestine)

Warna : Hitam & Putih 

Saiz : S – XXXL



Bagi yang berminat untuk mendapatkan t-shirt ini di samping menderma kepada Tabung Aman Palestine, anda bolehlah klik di sini untuk membuat tempahan.



Penghantaran akan dibuat kepada anda melalui pos laju (perlu tambah RM7). Jika anda tinggal area Shah Alam bolehlah 'pickup' t-shirt ini di office MN di Seksyen 15 selepas membuat tempahan (di mana anda tidak perlu membayar kos penghantaran). 

Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai cara menghubungi kami pada link yang diberikan tadi atau PM di NurNikmart.Com Facebook Fan Page.

Diharap, dengan sedikit sumbangan yang berikan ini dapatlah kita membantu saudara kita di Palestine. Semoga mereka juga dapat hidup aman seperti kita Malaysia. Sedikit sumbangan kita di sini memberi banyak makna buat mereka.


Semoga semuanya dipermudahkan ALLAH. Tak lupa juga doa kita buat umat Islam di Syria, Rohingya, Selatan Thailand, Xinjiang dan saantero dunia. Semoga mereka tabah dalam jihad ke jalan ALLAH.

Sekian, Wassalam.

***credit to : Cik F

Konvokesyen (^_^)

Alhamdulillah...
Akhirnya secara rasmi saya sudah tamat belajar di peringkat sarjana muda...
UiTM telah memberi banyak ilmu dan pengalaman...
Terima kasih kepada semua pendidik..

Pada 01/12/2012 ---->
Majlis Konvekesyen yang ke-77 pada sesi ke-12 sidang petang..
Menyaksikan seramai hampir 1600 pelajar mendapat sijil masing-masing...





Sijil di sampaikan oleh PRO-CANSELOR UiTM
YBhg. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid..
Penyampaian sijil ini diadakan di DATC UiTM...



Kepada rakan2 sekuliah...
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan yang terbaik..
Selepas ini kita akan membawa haluan masing2..
Semoga semuanya berjaya..
Harapan saya kita akan sentiasa berhubungan...
FB kn ada... hee...



(~ambil gmbr dr fb rakan~)


Kepada keluarga saya terutamanya...
Walaupun banyak halangan yang ditermpuhi..
Jem.. Tempat yang sesak... Dan lain2..
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan..

Tahniah kepada semua yang berjaya menamatkan pengajian...



Akhir kata saya untuk entri ini..
Kepada yang sudi datang ke konvokesyen saya..
Saya ucapkan beribu terima kasih..


Doakan kejayaan saya sama ada di dunia ataupun di akhirat..
Saya dahului dengan ucapan terima kasih...
(^_^)