Perkahwinan


Sebut kahwin.. Apakah yang terlintas dalam fikiran kita? Baju pengantin warna apa? Fesyen nak macam Erra Fazira punya wedding la :p EH! warna tema? pelamin nak konsep english style la.. wang hantaran? barang hantaran? mak andam? pak andam? rumah sewa?





Tapi tidak kah kita sedar perkahwinan bukanlah sekadar perkara2 yang diatas sahaja. Perkahwinan merupakan persediaan kita dari segi ilmu fardu ain/kifayah,emosi,ekonomi dan sosial. Matlamat perkahwinan ialah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekakalan dan mendapat rahmat serta keredaan Allah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh syara'. Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang kita boleh anggap mudah.

Berkahwin tidak susah,janji kita cukup duit insyaallah. Apa yang sukar ialah untuk mengekalkan hubungan itu hingga ke akhir hayat. Kepada bakal2 raja sehari tingkatkan pemahaman mengenai perkahwinan dan banyakkan membaca untuk rujukan di masa akan datang.


Post kali ini sy nak berkongsi sedikit mengenai perkahwinan (maskahwin).. Semoga dpt memberi manafaat..

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )
 

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
 

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
 

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

 


PERKAHWINAN MERUPAKAN SATU IBADAH.
RUMAHTANGGA MERUPAKAN SATU AMANAH.
RUMAHTANGGA MERUPAKAN SATU JIHAD.
RUMAHTANGGA MERUPAKAN SATU UJIAN.
RUMAHTANGGA MERUPAKAN SATU NIKMAH.