Mimpi Rasulullah saw...




Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"


Selamat Sudah Langsungnyaaa.... =D



Alhamdulillah... Segala Puji Bagi Allah..

Majlis Perkahwinan Along telah selamat dilangsungkan... Nak tgk gmbr?? huhu...

Penat... Penat... Sampai di kampung hari Jumaat 13/4/2012 terus bersiap untuk ke masjid...
70 % dh siap... Perhiasan... hehehe... macam tetamu plak rase... kikiki...
 Balik dari masjid makan dlu... rasa... huhuhu... Beeeessstttt sampai terkata... di tambah lapar perjalanan xterkata... heeeeeeeeee.... =D
 
Tolong kemas2 ckit... then, cari port landing laaa... hilangkan penat... huhu... Malam 2 d majlis khatam Al-Quran aq adk-beradk... Wat rehearsal btol2... pastikan bacaan lancar... dan akhirnya selamat juga... huhu...



14/4/2012... bermalas-malasan nak bngun... letihhhh... tp, apakan daya kne bngun jgak... kemas2 ckit.. layan sepupu2... jiran2... kwn2... orang yang datang... tp, ramai plak kata aq dh mcm pengantin... segan tau malu pun ada... huhuhu...

owh, lupa lak tema warna yang dipilih ialah hijau... satu keluarga warna hijau... hehe...







penat xhilang lagi... Ahad.. kne balik Shah Alam semula... xdpt rehat... spjg berada di kampung... hihihi...

sampai cnie saje post ye...

doa untuk pengantin

Ya Allah Ya Rahman,



Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.


Semoga memberi manafaat kepada kita... (~_^)


Semakin hari semakin banyak cabaran... Diharapkan saudara2 tabah mengharunginya..
Sesungguhnya Allah hanya memberikan dugaan yang setimpal dengan kemampuan hamba-Nya... 
Mari kita baca artikel ni..

Siapakah orang yang sombong
Orang  yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud
pada  yang  menjadikan  kehidupan  itu  iaitu  Allah  Rabbul Alaamin, Tuhan
sekelian  alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada
TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya
Orang  yg  telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat2
Qur'an,  Hadith  dan  cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di
dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya
Orang  yg  dunggu  kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat
tapi  menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu
dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yg kuat
Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam
kemarahan.

Siapakah orang yg lemah
Orang  yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya
tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca
selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta
Orang  yg  buta  adalah  orang  yg  tidak  mahu  membaca  dan meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli
Orang  yg  tuli  adalah  orang  yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik
namun tidak di endahkannya.

Siapakah orang yang sibuk
Orang  yg  sibuk  adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yg manis senyumanya
Orang  yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu
dia  kata  "Inna  lillahi  wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya
Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yg menangis airmata mutiara
Orang  yg  menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri
lalu  mengingat  akan  kebesaran  Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu
mengalir airmatanya.

Siapakah orang yg kaya
Orang  yang  kaya  adalah  orang yg bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yg miskin
Orang  yg  miskin  adalah  orang  tidak  puas dengan nikmat yg ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yg pandai
Orang  yg  pandai  adalah  orang  yang  bersiap siap untuk hari kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yg bodoh
Orang  yg  bodoh  adalah  orang  yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
Orang   yang   maju  dalam  hidupnya  adalah  orang-orang  yang  senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya
Orang  yg  mundur  dalam  hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu
Orang  yang  gila  itu  adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua
syarat  saja  yg  memperbolehkan  akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi
Orang  yg  rugi  adalah  orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu ditipu
Orang  yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu
berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik
Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas
Orang  yg  mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal
amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit
Orang  yg  mempunyai  rumah  yg  sempit  adalah orang yg mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal
Orang  yg  mempunyai  akal  adalah  orang-orang  yang menghuni syurga kelak
kerana  telah  mengunakan  akal  sewaktu  di  dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Bersama2 kita renungkan di manakah kita... Semoga kita bersama2 di dalam rahmat-Nya..
(n_n)