CINTA (Bahagian 2)


Firman Allah Taala bermaksud: Dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. (Surah an-Najm: Ayat45).

Perasaan untuk berpasangan dan bercinta adalah fitrah yang telah dicampakkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Ini bermakna fitrah untuk dicinta dan mencintai adalah sesuatu yang suci lagi bersih.

Jasad memerlukan makanan untuk memberikan kekuatan. Kekuatan inilah yang akan menggerakkan tubuh badan untuk menunaikan segala tugas dan tanggungjawab. Begitu jugalah diibaratkan keperluan cinta ke atas diri setiap manusia. 

Masing-masing memerlukan di antara satu sama lain. Memandangkan cinta adalah suci lagi murni, janganlah kita kotorkan ia dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesucian cinta itu. Perbuatan ini akan membuatkan Allah Taala murka kepada kita. Segala batasan syarak mestilah dipatuhi agar fitrah yang suci itu tidak bertukar menjadi fitnah!


Pertunangan di sisi syarak terbahagi kepada lima cara. Pertunangan boleh 

dikira jika berlaku salah satu dari cara berikut:-


Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.

Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.




Perigi mencari timba atau perempuan mencari lelaki sebagai calon 
suamainya bukanlah sesuatu yang asing di dalam Islam. Di antara 
contoh yang boleh dijadikan rujukan perempuan Islam pada hari ini adalah 
kisah Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W. Ini menunjukkan 
bahawa harus di sisi agama bahkan digalakkan jika seseorang perempuan 
itu meminang seorang lelaki yang soleh.




Walaubagaimanapun, adat kita di Malaysia memandang perkara ini sebagai 
sesuatu yang janggal dan memalukan. Seseorang perempuan itu akan dikatakan 
gatal jika mereka yang memulakan dahulu perhubungan dengan seseorang lelaki. 
Sedangkan mendapatkan seorang lelaki / suami yang soleh adalah di antara p
erkara utama yang dituntut oleh agama.



Persepsi ini perlu diubah secara perlahan-lahan dan beransur-ansur. Selain itu juga, 
perlulah diingatkan kepada mana-mana perempuan yang ingin memulakan dahulu peminangan ini agar sentiasa menjaga adab-adab dan sopan-santun yang telah di ajar 
oleh Islam. Jagalah percakapan dan perbuatan agar pihak lelaki tidak salah faham 
tujuan kita memulakan dahulu perhubungan itu.


No comments:

Post a Comment