Takdir-Nya


Alhamdulillah..
Semuanya dalam aturan Allah..
Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..


Jangan bersedih hati, sekiranya apa yang dirancang hari ini tidak menjadi...
Apa yang kita hendak hari ini tidak di penuhi...
Pasti ada hikmah yang tersembunyi...

Perancangan yang dibuat oleh manusia itu adalah salah satu bentuk usaha 
manakala perancangan Allah itu adalah takdir yang perlu diterima oleh manusia..

 Bila disentuh tentang TAKDIR, perlu diketahui
terdapat 2 jenis takdir iaitu yang boleh berubah dengan usaha kita dan yang tidak boleh diubah..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d : 11

dan di dalam ayat 154 surah Ali Imran diceritakan pada zaman Nabi s.a.w ada sesetengah orang tidak mahu ikut berperang dengan alasan takut mati, lalu Allah s.w.t berfirman  
“Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing. Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. ”

kedua-dua ayat di atas menjadi bukti bahawa ada takdir yang boleh diubah dengan usaha dan doa dan tidak boleh diubah seperti kematian...

Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya...
Percayalah pada aturan Illahi...
Semoga kita semua berada dalam rahmat kasih-Nya...


No comments:

Post a Comment