Apa itu Munafik??



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ..


Hari ini entry berkisar mengenai satu hadis yang biasa kita dengar...
Iaitu..

Berkaitan tentang munafik..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu
apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri 
dan 
apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. 


Daripada hadis di atas ciri2 orang munafik itu ada tiga :

~Apabila BERCAKAP dia BERBOHONG~ 
Salah satu daripada punca yang boleh menjadikan perpecahan silaturrahim. Sikap yang suka berbohong sedangkan dia tahu akan kebenaran sesuatu perkara boleh menyebabkan kita berpecah-belah. 

~Apabila BERJANJI dia MUNGKIRI~
Jika berjanji, tetapi tidk pasti, ucapkanlah perkataan insya-Allah. Mudah-mudahan laknat Allah tidak menimpa kita semua. 




~Apabila DIBERI AMANAH dia MENGKHIANATINYA~
Amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk kita, bukan satu beban. Tapi, amanah tu adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita semua akan dipersoalkan di akhirat kelak. Walaupun kita bukan sesiapa di dunia ni. 

INGATLAH! kita TETAP ada tanggungjawab, iaitu sebagai hamba Allah. Sejak dilahirkan ke bumi Allah ni, kita dah ada 3 tanggungjawab, iaitu.. 
HAMBA ALLAH ( ibadullah )
KHALIFAH ALLAH ( khalifatullah )
MENYERU KE JALAN ALLAH ( da'i ilallah ).. 




wallahua'lam...


No comments:

Post a Comment