Salam... (^_^)


Assalammualaikum..
Alhamdulillah..
Sy masih lagi diberi kesempatan untuk menaip satu lagi entry..



Entry kali ini saya ingin menyentuh mengenai...
Ucapan  "Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..."

Mengucapkan salam apabila bertemu seseorang..
Ucapan ini merupakan amalan mulia..
Ini kerena ucapan salam dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan menambah rasa kasih dan sayang...

Ia juga dapat mengikis perasaan hasad dengki, sombong dan seumpamanya
yang merupakan sifat tercela dan keji yang boleh meruntuhkan ikatan persaudaraan
dalam sesebuah masyarakat..

"Mereka yang pertama memberi salam bebas dari perasaan bangga diri dan riak."
(Hadith Riwayat Al-Baihagi)

Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud
"Demi Allah yang diriku berada dalam genggaman-Nya, kamu tidak masuk syurga selagi kamu
tidak beriman, dan tidak dianggap beriman selagi kamu tidak berkasih sayang, mahukah kamu
aku ajarkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya akan mencetuskan kasih sayang di antara kamu?
Tebarkanlah salam sesama kamu."

Betapa besar fadilat memberi salam..
Janganlah kita tergolong dalam kalangan yang rugi,
sebaliknya sama-samalah kita berusaha untuk merebut
peluang yang disediakan oleh Allah ini...

Seperkara lagi, janganlah kita mengucapkan salam sekadar melepaskan
batuk di tangga iaitu ucapan yang tiada keikhlasann, tiada kesungguhan dan ucapan salam
yang tidak betul dan tepat mengikut makhraj dan sebutan...

Oleh kerana ingin cepat ucapan seperti "semaikum", "samakum", "haikum", "saikum" dan sebagainya..
Apa erti ucapan ini??
Marilah kita sama2 bermuhasabah diri semula.. Ucapkanlah salam dengan sempurna dan betul
supaya boleh terjalin rasa kasih sayang di antara sesama Muslim...


Mari lakukan perubahan.. Jom jadi lebih baik!!

Sekian dulu... (^_^)



No comments:

Post a Comment