APA MAKSUD NIE EK???


sy ingin kongsikan sedikit pengertian berberapa term atau perkataan... 



AKIDAH 
Dari sudut bahasa ialah kepercayaan (simpulan, ikatan atau pegangan) yg kukuh dalam hati
manakala dari sudut istilah pula ialah kepercayaan dan kenyakinan yg mantap tentang kewujudan Allah S.W.T  dan seterusnya sifar kesempurnaan-Nya berdasarkan dalil naqli dan aqli.

Keyakinan terhadap akidah yang sempurna lahir daripada kepercayaan dan keyakinan yang teguh disertai dengan ucapan dua kalimah syahadah. Ianya bukan hanya dituturkan dengan kata-kata melalui pengakuan syahadah sahaja tetapi hendaklah dibuktikan dengan melaksanakan segala perintah Allah Taala dan meninggalkan laranganNya.


ISLAM
Dari sudut bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Allah Taala
manakala dari segi istilah pula ialah agama yang dibina di atas lima asas (Rukun Islam) iaitu:

01. (penyaksian) bahawa tiada tuhan melainkan Allah S.W.T dan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. itu utusan Allah S.W.T (Rasulullah S.A.W.).
02. Mendirikan solat fardhu lima kali sehari di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna.
03. Mengeluarkan zakat setelah cukup kadar dan waktunya.
04. Berpuasa di bulan Ramadhan.
05. Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

IMAN
Dari sudut bahasa ialah membenarkan 
manakala dari segi istilah pula ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi (Rukun Iman) kepada:

01. Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagiNya.
02. Malaikat yang merupakan hamba-hambaNya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala.
03. Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia.
04. Rasul yang telah dipilih dan diutuskan olehNya kepada manusia untuk memberi petunjuk.
05. Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia.
06. Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dariNya. Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisaa: Ayat 136).

Membenar dengan Hati
Berikrar dengan Lisan
Beramal dengan ajaran yg dibawa nabi.
(ketenangan, rasa penuh percaya, tiada keresahan dan kegelisahan jiwa, kesihatan akal serta aman damai daripada takut dan bimbang.) 

IHSAN
Dari sudut bahasa ialah melakukan sesuatu kebaikan
manakala dari  sudut istilah pula kesungguhan, ketekunan atau keikhlasan dalam melakukan sesuatu ibadah atau perkerjaan semata-mata kerana Allah S.W.T

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. Hitunglah dirimu termasuk orang yang hampir meninggal dunia dan jagalah dirimu daripada orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doanya itu diperkenankan Allah s.w.t.” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).

No comments:

Post a Comment