Aduuuhhhh... beratnya ujian iniiiieee......


wahhh... 2 hari outstation.. huhu..
besttt... klu duk pejabat je mmg bosannn laaa kann...
mkn pun sponserrr...
nyummm... sedappp...
bak kata kwn.. "makan sampai lebam.."
(~_n)v


skrg mari kita renung-renungkan...
sedikit taskirah...

Setiap manusia pasti akan mengalami ujian...

Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai 'kifarah' dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

Contoh ujian ialah seperti banjir, sakit, kematian orang tersayang, kekayaan, dan lain-lain..



Beberapa sbb kenapa manusia memerlukan ujian ialah untuk menguji tahap keimanan seseorang, 
untuk menghapuskan dosa-dosa kecil dan sebagai hidayah Allah..

Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya.

Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah: 286 yang bermaksud,

"Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya".

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan sematkan di dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment