Bila Telah di Tentukan....




Selamat sejahtera semua... 

Mari kita menghayati lirik
lagu di bawah ini...


Permata Yang Dicari



Hadirnya tanpa kusedari 
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi 
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari 
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu 

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu 


Apa yang terbayang di fikiran kita mengenai lirik lagu di atas??



Wanita tidak dicipta daripada kepala lelaki (Adam), supaya tidak melebihi atau mengungguli kudrat lelaki. Wanita tidak dicipta daripada kaki, supaya wanita tidak dihina oleh lelaki atau dipijak laki-laki, kerana dia adalah sebahagian daripada tubuhnya. Wanita tidak diciptakan daripada tanah, kerana wanita memang kudratnya tidak sama dengan lelaki. Wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki, kerana memang untuk dijadikan pasangan kepada lelaki, menjadi pendamping lelaki, menjadi kesenangan lelaki, memperkuat dada lelaki dan sekaligus mengimbangi hidup laki-laki.

Rasulullah Saw menjelaskan dalam hadits-nya:
Ertinya :
Sesungguhnya wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika Anda meluruskannya, sama artinya Anda memecahkannya. Jika Anda biarkan, dia akan tetap bengkok. Kerana itulah, Anda harus selalu memberikan nasihat-nasihat kebaikan. (HR. Muslim) 



Tulang tersebut adalah tulang yang bengkok dan letaknya sangat dekat dengan jantung dan hati. Fungsi tulang ini adalah memperkuat dada dan melindungi hati. Dari sini kita mendapat hikmah dan pelajaran bahawa wanita yang sudah menjadi isteri, 
dia mempunyai 2 tugas; 
 Menyokong suami supaya sentiasa kuat 
dan 
 Menjaga hati suami.
(~_^)

 

No comments:

Post a Comment