Wahhh... Sy Telah Jatuh Cinta...


Apa khabar semua... Di harap semua sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Illahi sentiasa...
Tajuk entry nie... mengundang je... Xberapa ada kaitan pun sebenarnya... hehehe...

Percaya tak....
"Pakaian mencerminkan kepribadian individu..."

First impression start with outer look...
When we going for interview ataupun temuduga misalnya..
Penampilan sangat penting...
Dari penampilan boleh membuatkan penemuduga rasa yakin dengan kita...


 

Boleh terima tak??? 
Di dalam Islam, terdapat ayat al-Quran dan hadis yang menyentuh tentang pakaian...
Antaranya ialah..

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Q.S.Al- A’raaf : 26)

 Jadi, berdasarkan hadis di atas kita tau fungsi pakaian ialah untuk menutup aurat dan sebagai perhiasan... Takwa adalah sebaik-baik pakaian...

Bila sentuh pasal menutup aurat, berhati-hatilah dalam membuat pemilihan pakaian... Pastikan tidak jarang, nipis dan ketat... Kalau boleh bagi orang perempuan pakailah kain daripada memakai seluar... (p/s : terselah keayuan.. haaa... gituu... (~_^)...) Trend seluar perempuan yang dijual potongannya kurang sesuai kerana ketat dan mengikut bentuk... Kalau mahu juga pakai seluar beli saiz yg besar dari saiz sebenar..

Bila disentuh tentang perhiasan pula... Daripada hadis riwayat Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad
"Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah."


Jadi, wanita solehah adalah perhiasan yang paling berharga...
Oleh itu, Allah menurunkan sifat malu kepada wanita.. 
Sifat malu ini adalah sebagai pendinding diri wanita dari menonjol-nonjolkan diri...

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:
” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”

Setakat ini sahaja entry kali ni... 
sekian... 

No comments:

Post a Comment